resepi apam

apom lenggang


bahan:

300 g tepung beras
270 ml santan ilahjy tambah sikit air dlm lebih kurang 100ml kerana adunan pekat
1 sudu kecil yis kering
60 g gula
1/2 cawan nasi
secubit garam

kisar kesemua bahan sehingga sebati, mamadarwish pesan kalu pekat tambahn air..sebab tu mamatok tambah tadi..
peram 1 jam biar naik buih dan kembang ..guna bekas besar sikit nanti melimpah lak...
masukkan garam dan kacau sebati baru di bakar guna non stick kuali. tutup dgn penutup supaya ia cepat masak.

  apam pancake 

bahan:
1 1/2 cawan tepung gandum
1biji telur
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh soda
6 sudu besar gula pasir halus
6 sudu besar susu pekat manis/ikut manis yg anda suka
6 sudu besar susu cair
2 sudu besar serbuk koko
1 sudu teh perasa moka
5 sudu besar minyak jagung

campur kesemua bahan ini kacau sebati dan perap 20 minit dan bakar guna c.c. yg kita suka.
180 darjah c selama 20 minit ikut oven masing2.

 dulche de leche balls(kaya ball)


bahan:

250 gm tepung gandum diayak bersama
1 sudu teh baking powder dan
secubit garam

putar sehingga kembang
125 g marjerin dgn
75 g gula halus

masukkan 4 biji telur putar sebati masukkan tepung tadi berselang seli dgn
200ml susu segar/ilah jy guna 3 sudu besar susu tepung campur air jadikan 200ml
masukkan sedikit esen vanilla dan sedikit pewarna kuning

dan teruskan membakar dlm oven. masukan separuh adunan dan msukkan dulche dan tutupi dgn adunan dan bakar sehingga masak.

  apam pisang citarasawan




bahan:

A.
200 gm gula melaka
240 ml air

masak sampai hancur dan sejukkan.

B.
3 biji telur
135 gm gula pasir
1 sudu teh esen vanilla

putar sampai gebusssss

C.

240 gm tepung gndum
2 sudu besar serbuk koko
1/2 sudu teh soda
1/2 sudu ten baking powder
1/4 sudu teh garam

ayak bersama

D.
4 biji pisang emas lenyek
40 gm mentega cair

caranya..

bahan B campur dgn bahan D kacau sebati. kemudian masuk bahan C selang seli dgn bahan A.
kacau sebati. kukus lah sehingga masak. acuan kecik 10 minit jer kalau acuan kek aku nie kena 30 minit

APAM CUTE DOT DOT

apam balik pandan


  apam balik



bahan: atas permintaan

2 cawan tepung gandum
1/4 cawan gula
1/2 sudu teh soda baikabonat
1/2 sudu baking powder
1 biji telur
1 1/2 cawan susu segar
pewarna kuning

bahan untuk inti:

kacang tanah digoreng
1 tin jagung krim
gula untuk tabur
sedikit mentega sapu apam

caranya:

1.pukul telur dgn gula sehingga kembang gebu
2. masukan kesemua bahan kering yang diayak bersama
3. masukan susu berselang seli dgn tepung. bagi mengelakkan bergentel perap seketika

tuangkan aduan atas kuali tutup dgn penutup periuk sehingga separuh masuk baru masukan kesemua intinya teruskan tutup periuk sehingga masak. angkat dan sapukan dgn mentega baru dia kilat.

  APOM SEGERA JY




bahan:

2 cawan tepung gandum
1 biji telur
3 sudu susu pekat manis
1 paket yis mauripan
air secukupnya

caranya senang jer:

campurkan yis dgn air suam bersama 1 sudu besar gula dan kacau sebati.
ayak tepung gandum, masukan kesemua bahan2 serentak bersama air.
adunannya lebih lembut dari kuih donat. lebih kurang macam jejemput ikan bilis tuuu..
perap dlm 15 minit tumbuk gelembung udara. masukan kedalam acuan yg bergris sedikit minyak itammmm.. minyak masak la  ratakan adunan dan perap 15 minit lagi kamudian kukus laa 20 minit sejukan dan makan dgn kelapa parut yg dikukus dulu bersama garam.

pelbagaikan rasa apom ni.. masa bancuh air boleh digantikan air gula merah rasa dan warna tentu la kemerahan. atau semasa membancuh ditaruh warna2 kegemaran kalian..

  APAM AIS KRIMSODA...

APAM AIS KRIM SODA

Bahan:

5 biji telur1 cawan gula pasir
2 cawan epung gandum
1 sudu teh baking powder
Esen ros
½ gelas air ais krim soda
Pewarna kuning

Cara:

1.Pukultelur dan gula sehingga kembang pekat
2.campurkan tepung yg diayak dgn baking powder, kacau sebati masukkan ais krim soda. Kukus sehingga masak.

APAM BALIK...KAMPUNG KOT




APAM BALIK

Bahan:

3 cawan tepung gandum
2 cawan tepung naik sendiri
3 cawan air
1 cawan gula
4 biji telur
1 sudu teh soda baikabonat

Campurkan kesemua bahan dan perap 15 minit

½ tin jagung manis
300gm kacang tanah
Sedikit marjerin
Utk ditaburkan semasa membakar

resepi ni aku belum cuba cuma sekadar masukkan dlm koleksi di sini jer.. gambar aku aku masukan ni aku telah masak guna resepi dr ummi kuantan kalian boleh tengok di n3 tahun 2010.

  APAM MENTEGA


bahan:

Gula hangus
1 cawan gula
1 cawan air

Panaskan sehingga kuning masukan air dan mentega

3 biji telur
1 ¼ cawan gula
2 camca teh soda baikabonat

Pukul sehingga kembang

1 tin susu cair
3 cawan tepung gandum
1 sudu the esen vanilla

Masukan bahan ini ke dalam bahan telur secara berselang seli dgn air gula hangus
Masukkan dlm acuan kecil2 kukus 2 minit.

36. APAM SERI AYU

ihsan dari laman web...resepi koleksi yg 100% JADIKK

Apam Puteri ayu

Bahan:

2 ½ cawan tepung gandum
1 ½ cawan gula pasir
1 camca the ovellete
4 biji telur ayam
2 cawan santan dari 1 biji kelapa
1 sudu baking powder
Pati daun pandan

Bahan kepalanya:

½ biji kelapa parut putih
1 sudu besar tepung jagung
Sedikit garam

Caranya:

1. putar telur dan gula hingga kembang bersama ovelete.
2. masukan santan, tepung dan pewarna, kacau sebati biarkan sementara.
3. gaulkan semua bahan2 kelapa. Dan isikan ke dalam acuan yg bergriskan minyak tekan kan sikit supaya kuat melekat.
4. kukus selama 25 minit dgn api yg kuat air mendidih.

APAM PISANG

APAM PISANG

Bahan-Bahan:

4 biji telur
1 cawan gula ( buh 3/4 cawan..just nice tak manis sgt)
6 biji pisang
2 cawan tepung gandum
1 camca kecil soda bikarbonat1 camca kecil baking powder
Secubit garam

Cara:

1.Pisang dilenyek hingga hancur kemudian masukkan soda,
kacau hingga rata.

2.Telur dan gula dipukul hingga kembang,
masukkan tepung yang telah diayak bersama baking powder.

3. Gaul hingga rata kemudian masukkan pisang tadi dan garam.

4.Kukus hingga masak lebih kurang 45 minit.

 APAM TEPUNG BERAS 


APAM TEPUNG BERAS

Bahan2:

2 cwn tapai nasi (Nasi yg di camput ngan ragi dan dibiarkan sekurang2nya 12 jam)
500gm tepung beras
2 cwn gula
4 cwn air
1 pkt eno
pewarna

Cara:

1.Mesinkan gula, air dan tapai tadi hingga halus.
2.Masukkan terpung beras dan mesin hingga sebati dgn 2 cwn air.
3.Biarkan hingga kembang (sekurang2nya 2 jam).esoknya.....
4.masukan eno dlm bancuhan tepung yg dah diperap tadi, tambah pewarna jika suka dan sudukan ke dlm acuan (mangkuk2 porcelin yg kecil2 tu)
dan kukuslah

  APAM GULA HANGUS 



APAM GULA HANGUS

Bahan

1 gelas gula ] cairkan menjadi gula hangus [tapi jangan sampai hangit laa..]
1/2 gelas air ]
1/2 gelas gula
3 biji telur
1 gelas santan atau fresh milk
2 1/2 gelas tepung gandum ]
2 s/k soda bikarbonat ] ayak

Cara:
1. Panaskan Kukusan.
2. Telur dan gula dipukul sehingga naik dan kembang.
3. Masukkan gula hangus dan tepung gandum dan soda bikarbonat.
4. Masukkan santan atau fresh milk dan gaul rata.
5. Masukkan adunan kedalam acuan pelastik kecil [acuan agar2].
6. Kukuskan selama 10 - 15 minit.
7. Sejukkan.
Related Posts with Thumbnails