Saffron ialah sejenis rempah yang diekstrak dari bunga saffron crocus, sejenis spesies crocus dari famili Iridaceae yang berasal dari Asia Barat. Bunga saffron mempunyai 3 stigma. Untuk menghasilkan rempah saffron, stigma ini perlu dikeringkan. Lazimnya ia digunakan dalam masakan sebagai agen penambah rasa ataupun pewarna. Saffron adalah rempah termahal di dunia. Untuk mendapatkan 0.45 kg saffron, 50,000 hingga 75,000 kuntum bunga diperlukan. Memandangkan penghasilannya memerlukan kuantiti bunga, tenaga dan kos yang banyak, tidak hairanlah harga rempah ini boleh mencecah RM 3,500 ke RM 35,000 sekilogram!
Macadamia sejenis kekacang termahal di dunia. Pokok macadamia hanya mengeluarkan hasil setelah berusia 7 ke 10 tahun. Untuk pertumbuhan sempurna, pokok ini memerlukan tanah subur serta hujan mencukupi. Bila cukup matang, ia akan menghasilkan buah yang mempunyai biji berlapisan keras di luar, manakala di dalamnya mengandungi isi kacang berwarna putih susu. Terdapat komposisi 80% minyak dan 4% gula dalam kacang macadamia. Dipasaran, harganya sekitar RM 100.00 sekilogram.
Caviar adalah telur ikan sturgeon yang disajikan mentah, menjadi makanan ekslusif golongan bangsawan dan hartawan. Kebiasaannya, caviar terdapat dalam pelbagai warna seperti hitam, kelabu dan keemasan. Almas Caviar, paling termahal berwarna amber didatangkan dari Lautan Caspian, Iran. ‘Almas’ dalam bahasa Parsi bermaksud berlian. Sesuai dengan namanya, almas caviar sangat berharga dan mahal kerana ia merupakan telur ikan beluga sturgeon yang sukar diperolehi. Hanya kira-kira 100 ekor ikan jenis ini dapat ditangkap dalam setahun. Ia ditinkan dalam bekas emas 14k dan dijual dengan harga RM 16,000 sekilogram.
Kulat termahal adalah dari jenis ‘white truffle’ yang didatangkan dari wilayah Piedmont, di bahagian utara negeri Itali. Ia adalah tumbuhan parasit dengan menumpang makanan pada pokok oak, hazel, poplar dan beech. Waktu menuai biasanya pada musim luruh antara bulan September ke Januari. Pada masa itu, peladang akan menggunakan bantuan anjing untuk mengesan white truffle yang tersembunyi di dalam tanah. Harga kulat ini di pasaran sekitar RM 8,000 - RM 16,000 sekilogram. Disebabkan terlalu mahal, chef-chef barat hanya menggunakan sedikit parutan mentah, sekadar sebagai penambah perisa dalam sesuatu masakan.
Daging lembu paling mahal tentu sahaja dari lembu Kobe. Daging dari lembu ini mempunyai tekstur halus dan amat lembut. Ia dihasilkan dari lembu daging Jepun digelar Wagyu (’Wa’ bermakna Jepun dan ‘gyu’ pula bermaksud lembu) yang diternak di bawah keadaan dimanjakan dengan makanan gred terbaik, urutan badan dan alunan muzik. Malaysia melalui Kementerian Pertanian telah cuba menternak lembu jenis ini secara halal iaitu mengantikan bir atau sake yang biasa diberi oleh penternak Jepun kepada bran gandum. Secara teknikal, daging lembu Kobe merujuk kepada daging daripada lembu Wagyu yang dibesar dan disembelih di daerah Kobe, Jepun berharga RM 1,800 sekilogram.
Bagi pengemar kopi tentu pernah dengar kopi Luwak dari Indonesia. Kopi ini sangat unik kerana proses pembuatannya dibantu oleh haiwan luwak, sejenis musang berwarna putih di bahagian badan, ekor hitam dan mucung lebih runcing dari musang lain. Luwak akan memakan buah-buah kopi yang cukup matang dan sempurna, lalu mencerna isi buah kopi dalam ususnya. Semasa melalui proses pencernaan, biji-biji kopi akan difermentasikan dan bercampur dengan sejumlah enzim musang tersebut. Setelah 12 jam, biji-biji kopi akan dikeluarkan sebagai najis luwak. Biji kopi tersebut diasing, dibersih dan digredkan oleh tenaga kerja yang mahir dalam pembuatan kopi ini. Pengeluaran kopi luwak sangat terbatas, di mana hanya sekitar 500 kg setahun dihasilkan untuk pasaran antarabangsa. Kerana itulah, kopi ini bernilai tinggi sehingga berharga RM 300 - RM 1,000 sekilogram.
Teh Tie Guan Yin (TGY), sejenis oolong teh berasal dari wilayah Fujian, China. Teh oolong bermaksud teh tersebut dikategorikan di antara warna hijau dan hitam. Namun, secara tipikal teh TGY lebih kepada teh hijau dengan sedikit pengoksidaan. Tidak seperti teh hijau lain yang berbau ‘grassiness’, TGY mempunyai aroma bungaan lembut dan harum. Proses penyediaan teh ini sangat rumit dan memerlukan kepakaran maksimum. Setiap langkah pemerosesan untuk menghasilkan teh TGY bermutu tinggi menjadi rahsia turun temurun pembuat teh. Kesukaran membuat dan memperoleh teh ini di pasaran menyebabkan harganya sangat mahal. Harga untuk sekilo teh ini adalah RM 9,500 manakala untuk secawan teh sahaja berharga RM 60!
Kona Nigari adalah nama air mineral termahal di dunia. Harganya, RM 1,800 seliter. Air mineral berkepekatan tinggi ini diambil 2,000 kaki di bawah paras laut kepulauan Hawaii. Ia mengandungi pelbagai khasiat seperti mengawal berat badan, mengurangkan stress, penjagaan kulit dan membantu penghadaman.
sumber: http://diari.mypendidik.net/?p=529#more-529
No comments:
Post a Comment