Saturday, September 11, 2010

"charlie"- serangga berbelang oren

Ramai yang tak tahu tentang bahaya dan kejamnya si Charlie ni. Ade yang kena kat muka..aduhh!! hilang kecomelan dan kemachoan. Tak kesian langsung kat kita si CHARLIE ni. ikut dan die je dan lepaskan bisa die tu..x patut…x patut. Bukannya ape, bisa si Charlie ni sampai boleh meninggalkan parut pada mangsanya…dia tak gigit pun, cuma lepaskan bisanya aje.

Nie Biodata Beliau :
Nama dalam ic :CHARLIE@ROVE BEETLE @ KUMBANG ROVE
Gelaran di PSIS: Charlie Brown
Nama Kampung : Semut Kayap

Fakta :
Cecair hemolimf yang terdapat di dalam badan (kecuali sayap) kumbang ini mengandungi toksin sentuh haiwan yang paling berbisa di dunia. Toksin ini dikenali sebagai ‘pederin’ (C24 H43 O9 N) dinamakan dalam tahun 1953. Ia mempunyai tahap keracunan 12 kali lebih tinggi daripada venom ular tedung. Kumbang rove yang telah dikeringkan dan disimpan selama 8 tahun masih lagi mempunyai ketoksinannya. Persentuhan dengan kumbang ini semasa bergerak atau tidur, menghancurkannya pada badan atau mengosok dengan jari yang kotor akan menyebabkan konjunktivitis dan penyakit kulit yang teruk yang dikenali sebagai ‘dermatitis linearis’, ‘paederus (kumbang rove/ staphylinidae) dermatitis’, ‘whiplash dermatitis’ dan sebagainya. Pada September 2002, wabak dermatitis linearis yang disebabkan oleh kumbang rove telah menjangkiti beribu-ribu orang penghuni rumah pangsa dan asrama pelajar di Pulau Pinang.
Charlie ni adalah serangga karnivor dan memakan lain-lain serangga yang lebih kecil. Ia merupakan serangga yang memainkan peranan penting dalam kawalan biology untuk mengawal serangga perosak padi. Ade baiknya jugak si CHARLIE ni.Semasa hujan lebat atau banjir , Charlie ini akan berhijrah ke kawasan yang lebih kering.
ini ler rupa si "charlie"..gambar yg di besarkan 



 Mempunyai saiz kurang daripada 1 cm panjang. Badannya berwarna kuning kemerahan gelap manakala bahagian atas, bawah abdomen dan kepala berwarna gelap. Bahagian tengah abdomen yang berwarna hijau tua mempunyai sepasang sayap keras dikenali sebagai "elitron". Di bawah sayap keras ini terdapat sepasang sayap lutsinar yang dilipat kemas. Selalunya, kumbang ini kelihatan merangkak dengan pantas di kawasan sekeliling dengan menyembunyikan sayapnya dan sekali pandang ia lebih menyerupai semut. Apabila diganggu kumbang ini akan menaikan bahagian abdomen supaya kelihatan seperti kala jengking untuk menakutkan musuh.
ini di antara kesan yg di alami mangsa "charlie"   








 NASIHAT KEPADA SESIAPA YANG DIJANGKITI
Oleh kerana kumbang ini tertarik kepada cahaya pada waktu malam, tutup atau kurangkan penggunaan lampu dan tutup semua pintu/ tingkap semasa epidemik kumbang tersebut. Gunakan jaringan nyamuk yang halus, semburan aerosol serangga, perangkap berpelekat dan sebagainya. Jangan duduk berhampiran dengan cahaya/ lampu, jangan memukul kumbang yang terdapat pada badan, cuma hembus/ tiup untuk menghindarinya. Jika tersentuh dengan kumbang ini, basuh segera kawasan yang bersentuhan dengan sabun dan air. Sesiapa yang mengalami alahan kulit yang teruk mestilah mendapat rawatan
keratan akhbar tentang bahaya "charlie"
antara ciptaan Allah yg unik..setiap yg Allah ciptakan tu...ada guna nya dan faedah nya...tidak Allah ciptakan sesuatu itu hanya utk sia2..  saya pun pernah kena si "charlie"..sakit..memang perit..kepada sesiapa yg pernah kne tu anggap je  sume tu...dugaan hidup n cubaan illahi..sabar la menghadapi nya...n berhati2 selalu..
ramai  nye geng "charlie"
 

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails