koleksi resepi

Kek Cokelat Kukus


(Satu Adunan, 2 kek)

Kek Cokelat ni sangat moist dan senang buat. Muai pulak tu, satu adunan, boleh dapat 2 biji kek. Ikut cara, step by step.

1.
Masakkan dulu :

2 cawan minyak jagung
1 1/2 cawan serbuk koko
2 cawan gula pasir
1 cawan susu manis (i used MilkMaid)
1 tin susu cair (evaporated milk, i used Nestle's Ideal)
Cara :
Masukkan semua bahan di atas dalam periuk, letak atas api. Jangan mendidih, sekadar semua bercampur dan gula hancur. Sejukkan.

2.
Panaskan kukusan. Masukkan air 3/4 kukusan dan panaskan kukusan. Sediakan tin kek. Sediakan 2 tin sebab adunan ni muai. Alas bawah tin dengan aluminium foil dan sapu dengan mentega. Tepi tin pun sapu jugak. Guna tin yang at least 7"X7". Isikan separuh tin sahaja adunan tu nanti sebab ianya akan naik sekali ganda.

3.
Ayakkan :

2 1/2 cawan tepung gandum
2 tsp baking powder
2 tsp soda bicarbonate
Cara :
Campurkan semua bahan di atas dan ayak 3 kali.

4.
Pukulkan :

7 biji telur saiz B
Cara :
Pukul hingga betul-betul naik dan kembang

5. Pastikan air dalam kukusan sudah mendidih. Kecilkan api.

6. Masukkan campuran tepung (no.3) kedalam adunan no. 1 yang dah suam. Kacau, satu arah sahaja sehingga semuanya bergaul rata. (Kalau kacau kekanan, make sure ke kanan sahaja, jangan men tibai kacau ikut suka)

7. Masukkan adunan telur (no.4). Pun kacau ikut arah yang sama hingga adunan bergaul rata.

8. Masukkan adunan dalam tin kek, tutup dengan aluminium foil dan kukus selama 1 1/2 jam atau sehingga masak. Kecilkan api kukusan tuh yer. Kalau api kuat, karang kek anda mendak kat tengah pulak.

SELAMAT MENCUBA.

Nota :
Anda boleh letakkan topping bila kek dah sejuk. Resepi topping, cari sahaja dari links saya yang berlambak tu. Untuk topping dalam gambar tu, saya guna topping yang anak-anak suka. Begini caranya,
Mentega (dalam 1 bar), keluarkan dari fridge dan biarkan sehingga lembut. Mentega sejuk dan beku, takleh tau. Biar dia sehingga pada suhu bilik.
Susu pekat manis (ikut suka, banyak mana nak letak, nak manis -letak banyak, tak nak manis, letak sikit)
Milo (pun letaklah ikut suka gak)

Cara :
Pukul mentega hingga putih, masukkan susu manis dan milo. Dah bergaul rata semuanya, bolehlah digunakan. Kalau nak lapiskan di kek, potong dua kek tu, letakkan adunan ni dan sandwichkan kek. Lebihannya, buat hiasan atas kek. 




KUIH TALAM

talam suji 


resepinya seperti dibawah:

3 cawan tepung suji
8 cawan santan
2 cawan gula pasir/kurang manis ni..
sedikit garam
pewarna hijau n kuning

kacau sebati kesemua bahan dan masak atas api sehingga pekat.
mulakan melapis warna hijau kukus sehingga adunan kering dn teruskan lapisan ke2 kuning.
ulangi sehingga habis dan lebihkan sikit warna penutup dari asal.. kukus 30 minit supaya talam betul2 masak. sejuk kan semlman baru dipotong.

kuih lapis pisang


senang sungguh lapis pisang ni...sejuk jer dah boleh potong..tak penuh loyang 10 inci tuu..kena buat 2 kali ganda..

bahan A:

2 cawan santan
1 cawan tpg gandum
1 cawan gula pasir
2 sudu besar tepung beras
2 sudu besar tepung kastard
1 sudu teh garam

mesin kesemua bahan ni dan bahagi dua bekas. A(1) dan A(2)

bahan B:

1 cawan pisang berangan lecek
1/4 cawan air
sedikit pewarna kuning

akak mesin kesemua bahan ni terus masukkan dlm bahan A (1) kacau sebati.
pastu bahagi lagi sekali 2 cawan ... utk melapis guna la cawan yg sama supaya lapisan nya sama.

bahan C:

1/4 cawan air
sedikit warna merah

campur terus ke bahagian A (2) kacau sebati

pastu bahagi lagi sekali 3 cawan yg sama supaya lapisan akan sama tebal.

kukus bahagianC selama 10 mt/ masak. kemudian bahagianB berselang seli sehingga habis.
3 merah 2 kuning. lapisan akhir kukus selama 20 minit supaya masak betul2 dan tak basi disimpan lama(3hari luar peti sejuk)

talam laman sari


  TALAM SUJI



bahan:

bawah:
1 1/2 cawan tepung suji
4 cawan santan cair
1/2 cawan gula pasir berdegung..heheee
secubit sayang garam
sedikit pewarna kuning
2 helai daun pandan

campur kesemua kacau sebati.. panaskan atas apai sehingga naik wap. kukus sehingga masak

atas:
4 cawan santan pekat
2 sudu besar tepung jagung
1 cawan tepung gandum
5 sudu besar gula pasir
1 cawan gula merah/melaka...ilah jy masukan sikit browning sugar sarawak
2 biji telur
2 helai daun pandan

campur kesemua kacau sebati. kacau atas api sehingga naik wap dan tuankan ke atas bahan bawah dan kukus sehingga masa/30 minit api sederhana.

  lompang berlauk nyonya


Bahan A
250gm tepung beras
1/2 sudu teh garam
275ml air/ilah jy gantikan santan utk rasa lemaksifuu lagi..
25gm tepung sagu
1 sudu besar minyak
1 sudu teh air kapur
Bahan B
850ml air panas
1/2 sudu besar kicap pekat
Cara-cara
1. Satukan bahan A, tambah air panas, gaul rata. Asingkan 300ml dan campurkan dengan kicap pekat. Bakinya biarkan warna asal.
2. Tuangkan 3/4 adunan warna asal ke dalam acuan yang telah dileser dengan sedikit minyak dan kukus selama 10 minit. Tutup acuan dengan aluminium foil utk mengelakkan air menitis.
3. Setelah lapisan bawah masak tuangkan adunan yang dicampur kicap tadi dan kukus semula selama 10 minit.
4. Angkat dan biarkan sejuk dan hidangkan dengan sambal udang dan hias dengan bawang goreng dan daun bawang
Bahan Sambal Udang
200gm udang kering dikisar kasar/ilah jy guna udang geragauuuu..leh tahan sedap nye..
3 ulas bawang merah }
3 ulas bawang putih } dikisar
3 tangkai cili }
1/2 sudu besar gula
1/2 sudu besar kicap cair
Hiasan : bawang goreng dan daun bawang
Cara-cara1. Tumis bahan kisar hingga garing masukkan gula dan kicap cair. Hidangkan dengan kuih lompang.

  talam laman sari.

setelah masak ptg 3 mei kuih ni aku potong utk dirasa tapi kurang elok sbb melekit sikit, krn masih panas... setelah di biarkan semalaman barulah begini hasilnya....amat cantik sekali....


bahan lapisan bawah:

220gm tepung kacang hijau
200gm gula pasir
115gm gula merah
475ml air
400ml santan pekat
1 sudu teh esen rose/esen kuss tak dee maka tak masuk laa
1 sudu teh garam

cara:

gaul kesemua bahan dan mesin kan, kacau atas api sehingga pekat sedikit, kukus 1/2jam. sapu minyak kat acuan mcm biasa lah yatie yer...

bahan atas pula:

3 biji telur dipukul sedikit
300ml air
200ml santan pekat
200 gm gula pasir/akak buangkan 3 sudu besar sbb akak x berapa suka manis... maaf yer k.wan
80 gm tepung gandum
20 gm tepung kastard/akak guna tpg jagung sbb kastar warna kuning. sbb akak nak beri warna hijaooo...selalu sgt akak buat talam kuning nak ubah warna dlm blog ni...hehehe.. lagi sekali maaff k.wan ade jer ilah ubah resepi akak.
1 sudu besar air mawar/akak tak beri sbb tak deee stok masuk esen vanilla jer...
1/2 sudu teh garam

cara:

gaulkan kesemua bahan dan tapiskan, tuangkan ke atas bahagian bawah tadi kukus sehingga 45 minit.. selamat mencuba
tapi kuih ni kena tunggu semalaman  kalu tak nanti tak cantik masa potong... kuih talam yg kita selalu buat akak sejuk kat kipas jer dah boleh ptg..tapi kuih ni sbb kacang hijaooo

kuih lapis yatie U.S


talam jagung lagi sekali...


  talam jagung gula merah


bahan bawah:

1 cawan krim jagung
1 3/4cawan tepung beras
2 sudu tepung ubi
6 sudu besar gula
3 1/2 cawan santan
sedikit garam

kacau kesemua atas api kukus sehingga masak lapiskan adunan gula merah kukus lagi dan ulangi sehingga habis.

bahan bawah:

1 cawan tepung gandum
2 sudu besar tepung jagung
6 sudu besar gula pasir/ ikut manis kalian..
3 cawan santan
1 cawan air gula merah..sukatan aku tak pasti sebab lebihan tahu fa punya/ikut manis laa.. sukatan yg aku masak ni kesemunya manis2 buah sajeee..

caranya:
kacau sebati kesemua bahan dan masak atas api sehingga agak pekat dan tuangkan atas lapisan jagung tadi kukus sehingga masak..Related Posts with Thumbnails
Related Posts with Thumbnails

  talam sagu pisang 


bahan bawah:

3 biji pisang emas di potong dadu kecil
1/4 cawan gula
600ml santan cair/kara
150 gm tepung beras
20gm tepung ubi
1/2 sudu teh garam
pewarna kuning

satukan kesemua bahan kacau atas api sehingga sedikit pekat dan kukus.

bahan atas:

3 sudu besar sagu direndam dengan pewarna hijau sehingga kembang dan cuci bersih habuk sagu yg tidak perlu. kemudian rebuskan sehingga kembang dan cuci dgn air bersih sehingga kanjinya hilang. toskan.

3/4 cawan gula
1 cawan tepung beras
3 cawan santan pekat
1/2 suduteh garam

satukan kesemua bahan kacau diatas api sehingga sedikit pekat dan campurkan sagu kacau rata. tuangkan ke atas lapisan pisang tadi kukus sehingga masak.

  TALAM LAICI


KUIH TEPUNG TALAM


  TALAM UBI KAYU

bahan: (percubaan pertamaku utk resepi ini..)

2 cawan ubi kayu diparut buang airnya
(ubi ni lebihan buat ubi kayu rebus cicah sambal hijau tu.. balik kg beli banyak sgt.. asyik2 menu berubi jer takat ni hehehe.. sbb tu tak sempat olah2 smpi jadi..)

1 cawan gula dimasak dgn
1 cawan gula pasir sehingga larut bersama
1 cawan air( kena ubah sukatanair sebab agak lembek..1/4 cawan air dah cukup rasanya sbb gula akan cair...mungkin kena tambah 3,4 sudu tepung beras semasa membancuh supaya ubi menjadi kental dan mudah dipotong..
1 helai daun pandan
perwarna yg anda suka..kuning ker unggu ker biru ker pun boleh..

campurkan bahan ubi dan air gula dan masukan ke dalam loyang
kukus selama 25 minit...gariskan atas permukaannya dgn garfu
tuangkan kepala santanya... kukus sehingga masak lebih kurang 20 minit.

kepala santan/ atasnya:

1/2 biji kelapa parut kalau nak lemak amek 1 bijik aku suka 1/2 jer
jadikan 3 cawan santan di campurkan bersama
1 cawan tepung beras dan juga( tepung kena kurangkan 1/2 cawan sebab keras sangat..)
2 sudu tepung jagung
sedikit garam

campurkan semuanya dan kacau atas api sehingga likat dan tuangkan atas ubi tadi teruskan kukus sehingga masak.

nota kaki: begini lah caranya kau mengolah setiap resepi sehingga menjadi. berpandukan resepi ini mari sama2 kita belajar mengolah sampai jadi..keputusan nya kita sama2 nantiii... respon dari kalian amat dialu2kan...atau yg ada resepi lebih baik dari ini..tolong kemukakan

maaf diatas kesulitan ini.. 1 day kalu ada masa kan ku try masak lagi talam ini sampai betul2 mjadi...


PUDING JAGUNG BERLAPIS KOKO YG mudah..


bahan:

1 cawan tepung beras
1 cawan jagung krim
1 paket santan krim segera jadikan 2cawan santan
3/4 cawan gula pasir
1 helai daun pandan
1 sudu teh garam

caranya:

campurkan kesemua bahan dan kacau atas api sehingga kental dan tuangkan dlm loyang.
tuangkan bahagian atas iaitu adunan kokonya. Sejukan. kmdian masukan dlm petiais. supaya lagi enak dimakan .

adunan koko

1/2 cawan tepung beras
1/2 paket santan krim segera dijadikan 1 cawan santan
3 sudubesar serbuk koko
1/2 cawan susu pekat
sedikit garam

caranya:
sama macam diatas.setelah masak tuangkan ke atas aduan jagung tadi.

  KOLEH KACANG 


bahan:

2 cawan tepung kacang hijau
1 cawan gula melaka dan gula pasir (campurkan)
5 cawan santan dari sebiji kelapa
1 sudu teh garam

cara:

1. masak kedua2 gula hingga hancur
2. bancuhkan tepung kacang dgn 5 cawan santan (jumlah ni termasuk jumlah air gula)
3. kacau atas api sampai kental 1jam lebih kurang, api perlahan.
4. tuangkan ke dalam loyang. hiasakan dgn tahi minyak.
5. 1 cawan santan dimasak sehingga kering dan garing.( cara masak tahi myk)

 KUIH LAPIS TRADISIONAL HOT BAY dato k


Bahan:

1cawan gula pasir
1 cawan tepung beras
1 cawan tepung gandum
5 cawann santan dari sebiji kelapa
1 biji telur

Caranya:

1. gaulkan kesemua bahan sehingga sebati
2. panaskan loyang kukusan
3. bahagiankan adunan kepada dua bahagian warnakan merah dan satu lagi dibiarkan warna asal
4. mulakan melapis dgn warna merah kukus sehingga mask dan dikikuti lapisan ke 2 dan seterusnya sehingga habis.
5. sejukkan baru di potong.

  TALAM BERLAUK



TALAM BERLAUK

Bahan:
2 cawan tepung beras
½ cawan tepung jagung
¼ cawan tepung gandum
1 biji kelapa jadikan 5 cawan santan

Bancuh kesemua bahan ini.

250 gram udang basah goreng sehingga masak
1 camca besar udang kering rendam tumbuk dan goreng sehingga garing
Daun bawang daun sup di potong bulat
Cili merah di dadukan halus
3 ulas bawang merah dimayang dan dijadikan bawang goreng

Campurkan kesemua bahan ini dan bahagi dua bahagian

1 bahagian dicampurkan kedlm bahan tepung dan kacau sebati .
Kukus sehingga ¾ masak taburkan lagi sebahagian bahan2 udang tadi kukus lagi sehingga masak.
Sejukkan baru dipotong makan dgn sos cilinya.

SOSNYA KUREKA SENDIRI

Cili kering dan bawang putih dimesin halus panaskan dgn air, sos cili sedikit kicap garam gula dan panaskan sehingga pekat. (Masukan sedikit tepung gandum. )

talam ini telah dicuba oleh eliza:http://elizasfamily.blogspot.com 18 julai 2010

  TALAM KELADI..belajar dipersatuanku P.D N.9



Bahan:

Lapisan bawah:

1 cawan tepung beras
1 sudu besar tepung jagung
3 ½ cawan santan
1 sudu teh garam
1 cawan keladi yg didadukan dan direbus

Kacau sebati dan masak sampi pekat dan kukuskan sehingga masak.

Lapisan atas:
1 cawan tepung gandum
3 cawan santan
2 biji telur
1 cawan gula
Pewarna ungu

Campurkan kesemua bahan dan kacau atas api sehingga pekat dan tuangkan atas bahan bawah tadi.
Kukus sehingga masak.
Sejukkan dan potong.

KASIDAH MAK SAUDARAKU


KASIDAH

Bahan:
1 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung jagung
¾ cawan gula
3 sudu marjerin/minyak sapi
2 ½ cawan air..kalu keras tambah semasa kacau

terima kasih tok busu dr respeks groups krn respon .. akak terlupa masukkan pewarna kuning /oren
kalu yg ori tu tak de warna..putih jer..tapi kalu taruk warna nampak menarik sikit heheh

Caranya.

Campur kesemua bahan2 tadi kacau sebati dan kacau diatas api sehingga pekat dan tuangkan ke dalam loyang bekukan dan taburkan bawang goreng diatasnya.
Related Posts with Thumbnails