Friday, September 3, 2010

insan2 yg bekerjakeras demi menjayakan program

  Bengkel Multimedia di Media

Petikan dari Berita Harian 2/9/2010 Ruangan Pendidikan

Pusat Internet Desa Zon Utara anjur bengkel multimedia


2010/09/02

PUSAT Internet Desa Zon Utara Kementerian Penerangan Komunikasi dan & Kebudayaan menganjurkan bengkel multimedia kreatif selama dua hari bermula 3 September ini, di Makmal Komputer Sekolah Kebangsaan Langkasuka, Yan, Kedah. 

Bengkel percuma itu terbuka kepada orang ramai terutamanya pelajar, mahasiswa institusi pengajian tinggi dan remaja serta belia setempat.
Unit Media dan Promosi pusat berkenaan dalam kenyataannya, berkata program itu adalah inisiatif kebangsaan Multimedia Super Coridor (MSC) Malaysia ke arah merangsang minda komuniti dalam melahirkan masyarakat celik maklumat dan komunikasi (ICT).


Katanya, usahawan, warga emas dan wanita juga digalak mengikuti program berkenaan. Peluang ini digunakan untuk peserta membina blog, menyunting gambar dan menghasilkan cerita secara digital (DST). 

“Peserta menggunakan perisian sumber terbuka. Setiap mereka diberi latihan intensif selain latihan praktikal. Mereka akan belajar menggunakan kemudahan teknologi ICT dalam bengkel berkenaan,” katanya. 

Program bertujuan meningkatkan penggunaan aplikasi ICT dalam aktiviti harian komuniti luar bandar. Disamping itu ia juga menggalakkan penggunaan perkhidmatan berasaskan teknologi. 

“Aplikasi sedemikian dapat meningkatkan kandungan tempatan dalam usaha melahirkan lebih ramai komuniti berpengetahuan ICT di kalangan masyarakat luar bandar. 
“Usaha ini selaras matlamat kerajaan menjelang tahun 2020 iaitu melahirkan masyarakat yang berpengetahuan dan minda kelas pertama,” katanya.



  sumber:  http://www.bharian.com.my/bharian/articles/PusatInternetDesaZonUtaraanjurbengkelmultimedia/Article/ 

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails