Tuesday, September 14, 2010

amalan zikir harian


ZIKRULLAH MENENANG HATI
Terdapat satu penawar yang mujarab untuk mententeramkan hati. Firman Allah di dalam surah Ar-R’ad ayat 28, “(Iaitu)
orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan
zikrullah. Ketahuilah dengan zikrullah itu, tenang tenteramlah hati
manusia.”
Zikrullah bermaksud
mengingati Allah. Membaca Al-Quran juga termasuk zikrullah kerana salah
satu nama bagi Al-Quran adalah Adz-Zikr. Dengan membaca Al-Quran dan
menghayati maksud-masud ayat, seseorang itu sedang berzikir kepada
Allah.
Selain membaca
Al-Quran, seseorang itu juga boleh mengucapkan tasbih, tahmid, tahlil
atau takbir. Zikir-zikir ini lebih ringkas dan mudah dilakukan secara
berterusan di kebanyakkan keadaan dan tempat, sama ada secara lisan
atau di dalam hati. Namun menurut Imam Nawawi di dalam Al-Azkar, zikir
adalah lebih utama dilakukan dengan hati dan lisan, kedua-duanya sekali.
Jabir Bin Abdullah meriwayatkan bahawa Rasulullah pernah berkata, “zikir yang paling utama adalah ~Lailahahilaullah~ (tiada tuhan selain Allah) dan sebaik-baik doa adalah mengucapkan ~Alhamdulillah~ (segala pujian bagi Allah).”[1] Menurut Imam Tirmizi hadith ini berstatus hassan gharib.


Menurut
rekod Imam Bukhari, nabi telah menyatakan, “Ada dua kalimat yang paling
disukai Yang Maha Pengasih. Sangat mudah diucapkan tetapi sangat berat
dalam timbangan. Kedua-dua kalimat itu adalah ~Suhanallah wabihamdihi~ dan ~Subhanallah hila'zim~ [2]
Kedua-dua kalimat ini membawa maksud ‘Maha suci Allah dan segala pujian
kepadaNya’ dan ‘Maha suci Allah yang Maha Besar.’ Di dalam riwayat lain
diceritakan, sesiapa yang membaca ~Subhanallah wabihamdihi~ 100 kali sehari, maka semua doasanya diampunkan oleh Allah, meski pun sebanyak buih di lautan.[3]
Perbanyakkan zikir, mudah-mudahan hati menjadi tenteram, InsyaAllah.
Wallahu’alam.

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails