Tuesday, September 14, 2010

cara pemakaian tudung seorang muslimah


Isu kewajiban pemakaian tudung sememangnya tidak terdapat di dalam Al-Quran dan ia bukanlah suatu fakta yang janggal.Terkejut bukan?Ini adalah kerana apa yang termaktub di dalam Al-Quran adalah perintah dari Allah Azza Wa Jalla untuk menutup keseluruhan aurat baik bagi lelaki mahupun wanita apabila sampai akil baligh.Dikeutarakan kepada saya isu berkenaan berbagai jenis cara pemakaian muslimah zaman ini sehingga wujud perasaan prasangka dan salah faham di kalangan masyarakat kini yang harus diperbetulkan.Isu berkenaan sama ada tudung labuh atau tudung tiga segi sebagai pemakaian muslimah sebenar adalah satu perkara yang kecil kerana konteks perbincangan pemakaian muslimah sejati adalah lebih luas dari itu.
Pemakaian tudung mula mendapat tempat dalam masyarakat Malaysia pada tahun 1970-an sewaktu filem hitam putih mula dimainkan di panggung-panggung dan televisyen-televisyen.Lakonan aktres berselendang zaman itu memberi impak positif kepada masyarakat sekeliling walaupun cara penutupan aurat yang kurang sempurna tersebut lebih menfokuskan kepada fesyen menutup jambul depan yang sememangnya tidak menepati konsep penutupan aurat dalam Islam.
Pada tahun 1990-an pula masyarakat sekelilng telah lebih terdedah dengan ajaran Islam, satu tranformasi dalam pemakaian tudung berlaku dengan wujudnya berbagai jenis dan fesyen bertudung sehinggalah wanita muslimah yang bertudung tidak lagi kelihatan janggal oleh masyarakat.Saya masih ingat beberapa tahun dulu apabila fesyen tudung yang pelbagai hangat menjadi bualan masyarakat bermual dengan tudung Bienda,kemudian beralih kepada tudung Wardina sehinggalah ke era populariti tudung Mawi yang hangat di pasaran.
Ini adalah beberapa contoh perkembangan isu tudung yang boleh kita lihat di negara ini,dan tidaklah menjadi kesalahan bagi muslimah untuk mengenakan tudung yang bergaya kerana sememangnya menjadi fitrah manusia menyukai sesuatu yang cantik, cuma apa yang menjadi persoalan kini ialah sejauh mana penghayatan kewajiban menutup aurat ini diselarikan dengan era transformasi fesyen bertudung tersebut?
Kewajiban menutup aurat diketahui dan diimani setiap muslim hatta sejauh mana jua lemahnya iman seseorang itu.Apa yang menjadi persoalan kini ialah cara penutupan aurat tersebut yang menjadi pertikaian
dan salah faham di kalangan beberapa pihak.Kewajiban menutup aurat jelas melalui firman Allah yang jelas

:-وَقُل لِّلْمُؤْمِنَاتِ يَغْضُضْنَ مِنْ أَبْصَارِهِنَّ وَيَحْفَظْنَ فُرُوجَهُنَّ وَلَا يُبْدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلَّا مَا ظَهَرَ مِنْهَا وَلْيَضْرِبْنَ بِخُمُرِهِنَّ عَلَى جُيُوبِهِنَّ وَلَا يُبْدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلَّا لِبُعُولَتِهِنَّ أَوْ آبَائِهِنَّ أَوْ آبَاء بُعُولَتِهِنَّ أَوْ أَبْنَائِهِنَّ أَوْ أَبْنَاء بُعُولَتِهِنَّ أَوْ إِخْوَانِهِنَّ أَوْ بَنِي إِخْوَانِهِنَّ أَوْ بَنِي أَخَوَاتِهِنَّ أَوْ نِسَائِهِنَّ أَوْ مَا مَلَكَتْ أَيْمَانُهُنَّ أَوِ التَّابِعِينَ غَيْرِ أُوْلِي الْإِرْبَةِ مِنَ الرِّجَالِ أَوِ الطِّفْلِ الَّذِينَ لَمْ يَظْهَرُوا عَلَى عَوْرَاتِ النِّسَاء وَلَا يَضْرِبْنَ بِأَرْجُلِهِنَّ لِيُعْلَمَ مَا يُخْفِينَ مِن زِينَتِهِنَّ وَتُوبُوا إِلَى اللَّهِ جَمِيعاً أَيُّهَا الْمُؤْمِنُونَ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ
“Katakanlah kepada wanita yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak dari padanya. dan hendaklah mereka menutupkan Al-Khimar kedadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka, atau Saudara-saudara laki-laki mereka, atau putera-putera saudara lelaki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita islam, atau budak- budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan laki-laki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita. dan janganlah mereka memukulkan kakinyua agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, Hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung.”
Tidaklah sukar untuk memahami ayat di atas,sudah terang lagi bersuluh apabila firman Allah di atas meyatakan kepentingan menutup aurat tanpa mengkhususkan apa-apa mekanisma dalam melaksanakannya maka jilbab atau tudung khususnya di Malaysia dijadikan pilihan wanita Muslimah untuk melaksanakan kewajiban tersebut dan terpelihara daripada menjadi punca gangguan atau penyakit hati orang lelaki. Yang dimaksudkan dengan ayat (24:31) adalah bahawa para wanita hendaklah menutupkan (dengan) tudung ke kepalanya, lehernya dan dadanya dan segala barang keindahan dan perhiasan yang mereka pakai. Al-Khimar, plural ialah al-Khumur, ialah sesuatu yang dipakai atas kepala, dan bukannya di bahu. Dalam bahasa Melayu, ia boleh dibezakan antara "tudung" dan "selendang". Bagi mereka yang berfikiran liberal sememangnya isu ini dijadikan pertikaian dengan mempersoalkan bahawa muslimah yang bertudung ada juga yang diganggu maupun diperkosa.Maka jawapan saya bagi permasalahan ini ialah berdasarkan maka Firman Allah dalam surat Al-Ahzab ayat 59.
يَا أَيُّهَا النَّبِيُّ قُل لِّأَزْوَاجِكَ وَبَنَاتِكَ وَنِسَاء الْمُؤْمِنِينَ يُدْنِينَ عَلَيْهِنَّ مِن جَلَابِيبِهِنَّ ذَلِكَ أَدْنَى أَن يُعْرَفْنَ فَلَا يُؤْذَيْنَ وَكَانَ اللَّهُ غَفُوراً رَّحِيماً
“Hai Nabi katakanlah kepada istri-istrimu, anak-anak perempuanmu dan istri-istri orang mumin: “Hendaklah mereka mengulurkann jilbabnya ke seluruh tubuh mereka.” Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah dikenal, karena itu mereka tidak diganggu. Dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.”
Tidaklah seseorang itu diganggu jika aurat mereka ditutup dengan sempurna seperti mana mengikut kehendak Rabb yang menciptakanNya.Perkara ini berlaku juga kerana pakaian muslimah kini kebanyakannya tidak lebih hanya untuk perhiasan dan tatapan umum semata,hatta aurat mereka telahpun ditutup sempurna,masih ada kriteria pemakaian yang tidak dipenuhi menjadi faktor kepada gangguan tersebut. Ini tidak menjadi lesen untuk mereka memperlihatkan perhiasan luaran mereka kerana telah termaktub bahawa “Dan janganlah kaum wanita itu menampakkan perhiasan mereka.” Secara umum kandungan ayat ini juga mencakup pakaian biasa jika dihiasi dengan sesuatu, yang menyebabkan kaum laki-laki melirikkan pandangan kepadanya. Hal ini dikuatkan oleh firman Allah dalam surat Al-Ahzab ayat 33 :


وَقَرْنَ فِي بُيُوتِكُنَّ وَلَا تَبَرَّجْنَ تَبَرُّجَ الْجَاهِلِيَّةِ الْأُولَى
“Dan hendaklah kamu tetap di rumahmu dan janganlah kamu berhias dan bertingkah laku seperti oang-orang jahiliyah.”
Juga berdasarkan sabda Nabi :“Ada tida golongan yang tidak akan ditanya yaitu, seorang laki-laki yang meninggalkan jamaah kaum muslimin dan mendurhakai imamnya (penguasa) serta meninggal dalam keadaan durhaka, seorang budak wanita atau laki-laki yang melarikan diri (dari tuannya) lalu ia mati, serta seorang wanita yang ditinggal oleh suaminya, padahal suaminya telah mencukupi keperluan duniawinya, namun setelah itu ia bertabarruj. Ketiganya itu tidak akan ditanya.”(Ahmad VI/19; Al-Bukhari dalam Al-Adab Al-Mufrad).
Tabarruj adalah perilaku wanita yang menampakkan perhiasan dan kecantikannya serta segala sesuatu yang wajib ditutup karena dapat membangkitkan syahwat laki-laki.
(Fathul Bayan VII/19).
Dapat kita lihat dari permasalahan ini bahawa konteks menutup aurat ini harus dilihat dengan kadar yang lebih luas seperti yang telahpun dibahaskan oleh para ulama’ tentang batasan aurat dan pakaian muslimah yang seharusnya melambangkan ciri peribadi seorang muslimah sejati.Perbahasan berkenaan sama ada tudung muslimah itu patut labuh atau berbentuk tiga segi hanyalah skop yang kecil berbanding bagaimana cara penutupan aurat itu seharusnya diimplikasi secara keseluruhannya supaya menepati roh syariat yang sebenar.Oleh yang demikian,marilah kita melihat beberapa gelaran jenis tudung yang boleh kita lihat dalam realiti masyarakat hari ini yang perlu diperbetulkan.:-
1.Tudung Mickey Mouse-Pemakaian tudung yang hanya menutup bahagian rambut dan kepala tanpa menutup kedua-dua telinga.Barangkali untuk menunjukkan subang atau apa-apa perhiasan. Pemakaian yang lebih teruk ialah apabila tudung tersebut dililit sehingga menampakkan leher.
2.Tudung Lilit-Jenis tudung ini jika dilihat telah menutup keseluruhan kepala termasuk telinga tetapi tidak dilabuhkan menutup dada dan hanya dililitkan di leher sahaja.Kriteria menutup dada tidak dipenuhi seol
ah-olah ingin menayangkan kurniaan yang tidak diberikan kepada kaum lelaki.
3.Tudung See Through-Salah satu jenis tudung yang popular ini banyak dilihat di merata tempat,kain tudung yang nipis menampakkan leher dan telinga walaupun telah menutup lengkap.Lebih teruk jika tidak memakai anak tudung kerana ianya seperti tiada beza dengan mereka yang tidak bertudung.
4.Tudung Jambul-Pemakiaan jenis ini banyak dipromosikan dalam drama-drama Melayu yakni menutup separuh rambut di bahagian belakang dengan membiarkan yang depannya tersembul keluar seperti jambul unta.5.Tudung Singlet-Tudung yang sempurna tetapi dengan hanya memakai lengan pendek menyebabkan aurat dan lain-lain perhiasan yang sepatutnya ditutup daripada menjadi tatapan umum.Tiada kelongaran hukumtentang penutupan aurat di kawasan awam hatta hanya untuk bersukan.6.Tudung Saji-Sekajap pakai,sekejap tidak.Tudung atau lebih tepat dikatakan selendang yang hanya menjadi perhiasan leher .Boleh dilihat di kenduri-kenduri kematian yang mana selendang tersebut akan turun dan naik diangkat si pemakai seolah-olah menjadikannya seperti tudung mengikut keperluan situasi.
Inilah serba sedikit pemakaian tudung yang kurang sempurna yang boleh kita lihat di kalangan muslimah yang perlu diperbetulkan bagi menepati roh syariat yang sebenar sekaligus menggapai hikmah disebalik penetapan kewajiban menutup aurat. Sesungguhnya Rasulullah telah bersabda :
“Pada akhir umatku nanti akan ada wanita-wanita yang berpakain namun (hakikatnya) telanjang. Di atas kepala mereka seperti pundak unta. Kutuklah mereka karena sebenarnya mereka adalah kaum wanita yang terkutuk.”(At-Thabrani Al-Mujamusshaghir : 232)Selain itu ada juga muslimah bertudung di kalangan kita yang memakai seluar jeans dan sebagainya sehingga menampakkan susuk tubuh mereka dan alasan kepada pemakaian tersebut tidak lebih hanya sekadar untuk menjalani rutin harian.Inilah kejayaan musuh Islam apabila perkara ini ummat Islam menganggapnya sesuatu perkara yang biasa dan remeh dalam masyarakat.Perkara yang dianggap biasa ini menular dalam pemikiran masyarakat sehingga konsep penutupan aurat yang sempurna itu dicabuli dengan mudah.Mereka yang berseluar sedikit sebanyak merasakan kain tudung yang menutup dada tidak padan sehingga terpaksa melilitkan tudung mereka supaya ia nampak padan dan cantik dikenakan dengan seluar panjang tersebut sedangkan ia hanyalah pandangan mata kasar mereka yang dikaburi syaitan.Pemakain seluar ini bukan sahaja menyerupai kaum lelaki tetapi ia juga menyerupai wanita bukan Islam dalam berpakaiaan.
Wujud juga muslimah yang keluar daripada bilik atau rumah mereka dengan mengenakan wangi-wangian yang berlebihan sehingga dapat menarik perhatian orang ramai terutamanya lelaki sedangkan larangan dalam hal ini telahpun jelas. Dari Abu Musa Al-Asyari bahwasannya ia berkata : Rasulullah bersabda : “Siapapun wanita yang memakai wewangian, lalu ia melewati kaum laki-laki agar mereka mendapatkan baunya, maka ia adalah pezina.”
(Al-Hakim II/396 dan disepakati oleh Adz-Dzahabi).
Lihatlah betapa kerasnya ancaman dari baginda s.a.w dalam hal ini,jika amaran tegas dari baginda s.a.w menegah pemakaian wangi-wangian oleh muslimah apabila ingin ke masjid apetah lagi jika keluar dari rumah atas sebab lain yang menyebabkan terpaksa melewati yang bukan mahram.Jika persoalan timbul di kalangan muslimah bau wangian yg tidak keterlaluan, dibenarkan atau tidak.Hendaklah kita merujuk semula kepada hadith-hadith yang berkaitan dengannya.Saya tidak menafikan banyak hadith-hadith menunujukkan petunjuk yang jelas bahawa baginda s.a.w sendiri sukakan wangi-wangian antaranya ialah:-
"Barangsiapa yang diberi harum-haruman, maka janganlah dia menolaknya, sesungguhnya ia itu ringan bebannya (ringan dibawa) dan harum baunya."
(Shahih riwayat Ahmad, Nasa'i, Muslim dan Abu Dawud dari jalan Abu Hurairah)
Tetapi perlulah diketahui bahawa hadith di atas adalah terlalu umum untuk dibandingkan hadith-hadith yang khusus menyatakan muslimah tidak sepaptunya keluar dengan memakai wangi-wangian yang berlebihan sehingga menarik perhatian bukan mahram.
"Siapa sahaja perempuan yang memakai minyak wangi kemudian keluar ke masjid nescaya tidak diterima sholatnya sehingga dia mandi terlebih dahulu (membersihkan dirinya daripada wangi-wangian tersebut)."
(Shahih riwayat Ibnu Majah dari jalan Abu Hurairah)
Daripada hadith di atas jelas jika pergi ke masjid pun telah dilarang memakai wangi-wangi apetah lagi keluar berjalan-jalan dan sebagainya.Contohnya di dalam Surah Al-Israa’ ayat 23 yakni arahan dari Allah S.W.T bahawa kita dilarang menyebut ‘ah’ pada kedua ibu bapa maka maksud lainnya ialah apetah lagi jika kita memarahi atau memukul kedua ibu bapa.Maka larangan memukul atau memarahi parents adalah lebih keras.Begitu juga dengan contoh di atas.Sememangnya ia satu hokum yang agak berat dirasakan muslimah kini tetapi perlaksanaannya memerlukan ketaqwaan yang jelas dalam mengikuti perintah Allah dan Rasul s.a.w.Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk hambaNya.Larangan iniu tidaklah hanya diaplikasi kepada kaum muslimah sahaja hatta kaum muslimin yang memakai wangi-wangian yang boleh menyebabakn orang ramai tertarik dengannya juga mendapat ancaman yang sam daripada hadith-hadith di atas kerana perbuatan sedemikian boleh menimbulkan fitnah.
Bagi pemakaian deodorant atau bedak ia mestilah dibezakan dengan jelas tentang pemakain ketiga-tiga jenis tersebut baik wangi-wangian (perfume), deodorant, dan bedak.Ketiga-tiga mekanisma ini memainkan peranan yang berbeza.Deodorant boleh diklasifikasikan sebagai "ubat" yang menghilangkan bau badan yang kurang menyenangkan sehingga membuatkan seseorang itu rasa rendah diri apabila berhadapan dengan orang ramai..Maka jika ini tujuan si pemakai maka ia adalah dibenarkan.Begitu juga dengan penggunaan bedak, bau bedak adalah tidak kekal dan ia sekadar untuk sementara..Tetapi,jika bau bedak atau deodorant tersebut kekal lama maka ianya tiada beza dengan wangi-wangian(perfume) justeru ia adalah dilarang kerana ia membawa kepada hukum asal pemakaian wangi-wangian tersebut.Kita perlu lihat kepada tujuan asal hukum tersebut yakni,pemakaian wangi-wangian adalah untuk mencegah dari menarik perhatian bukan mahram sehingga ia boleh menimbulkan fitnah.Fitnah yang akan menyebabkan diri si pemakai dilihat dari bawah hingga ke hujung kepala dan kemudian berlakunya satu transformasi dalam adrenalin mereka yang menghidunya.Maka sesungguhnya Islam melarang sesuatu itu bersebab dan demi kebaikan semua pihak.
Akhir kata,Islam telahpun menetapkan etika berpakaian dan konsep menutup aurat dengan jelas supaya dapat dijadikan panduan dan untuk membezakan antara ummat Islam dan yang bukan Islam. Pemikiran yang disuntik dengan anasir-anasir dari musuh Islam ini sedikit sebanyak menghakis imej Islam yang sebenar dalam cara berpakaian.Tidak kira seorang muslimah itu bertuudng labuh atau tiga segi,selagi ia menepati maksud ayat “dan hendaklah mereka menutupkan kain kudung kedadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya” maka ia tidaklah menjadi persoalan besar.Apa yang perlu difikirkan ialah berkenaan pemahaman konsep menutup aurat yang disalah fahami kebanyakan muslimah hari ini sehinggakan penutupan aurat tersebut menjadi tidak sempurna.Apakah tujuan asal pakaian tersebut?Adakah untuk mendekatkan diri kepada Allah s.w.t dengan menurut perintahNya atau untuk mencari lirikan mata masyarakat yang hanya
bersifat sementara?Renung-renungkanlah.
Wallhua’lam.

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails